May 2, 2007

6 tahun :)

Di sebuah majlis keraian. Saat butir-butir nasi perlahan masuk ke tembolok yang separuhnya penuh.

"Lama lagi belajar?"

"Adalah lagi sikit Pak Long. Tak lama je lagi nak habis" Senyum. Lantas ada yang bantu menjawabnya.

"Nak dekat 6 tahun dah dia belajar"

"What? 6 tahun? Tak busan ke??"

"Tak!" Noktah.

Saya senyum lihat wajahnya. Keriut-keriut. Apa entah difikir lagi. Tuhan je tahu. Yang saya paling tahu, "saya tak letih lagi belajar".

-------------------------

Saya masih ingat masa di matrikulasi dulu. Waktu tu kena buat pamplet di kelas bahasa dan beritahu apa istimewanya berada di Taman Ilmu dan Budi ni.

Saya mewakili rakan. Hanya sebaris bahasa yang lancar. Dalam yakin itulah saya sebutkan:

"Kita istimewa di sini, sebab kita telah dipilih Tuhan"



Seorang sarjana pernah berkata:

"Tiap sesuatu itu ada jalannya, dan jalan terbaik adalah dengan ILMU"

Di sini, gudang ilmu yang melambakkan segalanya. Mahu ambil atau tidak. Betapa dalam waktu hampir 6 tahun ini saya belajar banyak. Dari sekecil hingga sebesarnya.

Bila pulang ke kampung, anda dan saya pasti diaju soalan kerja. Mereka yang bertanya kerapnya mencari korelasi subjek pengajian dan bakal kerjaya. Saya senyum. Satu jawapannya.

"Saya boleh jadi apa aja"

"Walaupun kerja kilang?"

"Iya. Walaupun saya akan kerja buka kedai jual roti sekalipun. Ilmu pengajian itu di dada, dan masih boleh diaplikasi ikut kreativiti. Tak kira apa kerjanya nanti, yang penting usaha mencari rezeki"

-----------------------

Saya pasti akan teringat bahawa saya berada di tempat pengajian kerana dipilih Tuhan. Kerna Tuhan mahu yang terbaik buat saya. Justeru, ilmu itu akan diguna juga. Sekurangnya untuk tujuan muamalah seharian. Untuk tujuan fikah, tujuan komunikasi dan sebagainya.

Saya tak kesal belajar lama. Itu sebuah hadiah. Biar nanti saya tak bergaji besar, ilmu adalah harta terbilang yang takkan dapat dicabar apa pun.

Itu pesan semua sarjana. Dan itu pesan Tuhan kita. IQRA'!!: Jalannya penuh cahaya.

No comments: